Showing posts with label kenangan. Show all posts
Showing posts with label kenangan. Show all posts

Tuesday, June 23, 2009

Perhentian di Perhentian


Salam..

Cuti penggal yang lalu berkesempatan untuk bercuti buat kali ke 3 di Pulau Perhentian bersama ibu dan ayah. Hadiah sempena ibu dan ayah tercinta sempena hari Ibu dan Hari Bapa. Tenang berada di sana.. lupa semua tugas-tugas yang memberatkan fikiran selama ini... sekejap je lah. Bukan selama-lamanya.. hehe

Tali pertama tengok shark besar, jadi takut lak.. kelam kabut swimming balik ke boat. Sebelum ni hanya tengok baby shark je. Berjaya juga akhirnya snap video nemo untuk tatapan Fatihah, Farah dan Firdaus. Enjoyyyyyyyyy... nak pergi lagi tapi bukan ke Perhentian, tapi ke Tioman pulak. Berangan nak stay kat Japamala resort, tapi mampukah aku? RM1k semalam.. uwaaa

Monday, May 18, 2009

1st Posting



Asalamualaikum dan Salam sejahtera

1st posting di SMJK Chung Ling, Air Itam, Penang. Melangkah masuk je ke sekolah tu rasa tak percaya, sekolah lelaki rupanya. Alahai....
Kereta mercedes siapa lah agaknya di depan bangunan sekolah. Tapi perkara ni dah jadi biasa di sekolah ini. Kereta students lebih mewah dari gurunya sendiri. Dulu-dulu selalu parking kereta di depan bangunan pentadbiran (betul-betul sebelah kereta mercedes ni lah).


Banyak betul pengalaman dan kenangan di sana. Di tepi pokok ni, ada sebatang pokok ditanam oleh ahli-ahli kadet alam sekitar sempena perasmian kempen minggu alam sekitar. Pokok sentang yang ditaja oleh Jabatan Perhutanan Pulau Pinang banyak memberi makna dalam diari Kadet Alam Sekitar.

4 setengah tahun aku di sana. Banyak lagi kalau nak dicoretkan.. biarlah segalanya terpahat dalam hati..

Memoir Praktikum 1997-1998

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tajuk memoir seumpama nak bersajak, tapi itu bukanlah bakat semulajadi ku. Cuma terkenangkan 2 buah sekolah di mana aku mula belajar menempuhi kehidupan sebagai seorang guru..

Lencana SMK Tun Perak

ROS selama dua minggu di SMK Tun Perak, Padang Rengas. Dan 3 bulan di SMK Abdullah Munshi, Penang. Pada ketika itu memang tak fikir apa, tension sebab lecturer nak observe.. hehe.
SMK Abdullah Munshi, Penang
Terima kasih kepada guru-guru pembimbing Pn Roszilah (SMK Tun Perak) dan Pn Lee (SMK Abdullah Munshi). Jasa kalian akan kukenang hingga ke akhir hayat.

Sunday, May 17, 2009

KIK dan KISAS


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Saya pernah menjadi warga KIK dan KISASIAN tahun 1989-1990. Tahun transisi masa tu.. transisi nama dari Kolej Islam Klang menjadi Kolej Islam Sultan Alam Shah. Semuanya kenangan. TQ kepada webmaster Mutiara Bumi Wakafan yang tidak putus asa mengumpulkan semua warga kolej zaman transisi.



Inilah bangunan pantadbiran sekolah. Sekarang ni kata Ahmad, dalam pengubahsuaian.


Dari laman facebook, dapat juga download gambar kelas masa Tingkatan 5. Ya Allah.. malunya lihat muka masa tu. hehe.. budak-budak lagi.


Gambar Tahun 1990 bersama rakan-rakan dan Cikgu Wan Abdul Rahim (Cikgu Fizik)


5 Sains 1, kalian semua tetap dalam ingatan.

SERATA dalam ingatan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Melayari facebook SISTA, banyak kenangan yang dirakamkan disini. Gambar-gambar disekolah lama ntah di mana disimpan.. cuma yang boleh di abadikan hanyalah lencana.. cukupla. :-)