Saturday, June 27, 2009

Tuesday, June 23, 2009

Gambaran Hari Kiamat?

Wajah Kesayangan Hamba


Salam

Rasanya masih belum terlewat untuk anakanda ucapkan Selamat Hari Ibu & Selamat Hari Bapa buat ayahanda dan bonda. Luv u so much

Perhentian di Perhentian


Salam..

Cuti penggal yang lalu berkesempatan untuk bercuti buat kali ke 3 di Pulau Perhentian bersama ibu dan ayah. Hadiah sempena ibu dan ayah tercinta sempena hari Ibu dan Hari Bapa. Tenang berada di sana.. lupa semua tugas-tugas yang memberatkan fikiran selama ini... sekejap je lah. Bukan selama-lamanya.. hehe

Tali pertama tengok shark besar, jadi takut lak.. kelam kabut swimming balik ke boat. Sebelum ni hanya tengok baby shark je. Berjaya juga akhirnya snap video nemo untuk tatapan Fatihah, Farah dan Firdaus. Enjoyyyyyyyyy... nak pergi lagi tapi bukan ke Perhentian, tapi ke Tioman pulak. Berangan nak stay kat Japamala resort, tapi mampukah aku? RM1k semalam.. uwaaa

Tuesday, June 16, 2009

shopping..

salam..

sekarang nih dah berjangkit tabiat beli barang online. Nak share dengan kawan-kawan, kalau berminat bolehlah layari forum wanita melayu. macam-macam adaaaaa.....

Aku kembali

Salam..

lama betul tak jenguk blog ni.. sunyi sepi macam dilanda garuda. Itulah kehidupan seorang guru, bila cuti je sibuk menyemak kertas exam. Sampai lepas cuti pun tak siap lagi. Banyak perkara yang nak dikongsi bersama ni, tapi masih belum ada kesempatan.

masa cuti sempat pergi surver harga nokia N97.. RM2890. terpaksalah aku melupakan niatku sementara waktu. tunggu sampai harga jatuh RM1k baru mampu kot. hehe

Sunday, May 24, 2009

peta rumah

Salam

dapat jugak cari peta ke rumah. Try cari melalui google earth, tak dapat gambar yang jelas. Peta macam ini pun cukuplah..

Alahai.... Emm

Salam

Sekarang ni dah dapat satu habit lak.. asyik browse kain & baju di internet. Hua.. hua.. jangkit Kak Mazuwin lah nie.

gambar dari http://butiksunlay.blogspot.com


Berkenan dengan satu blouse kat atas ni, tapi malangnya.... tiada SAIZ. Alahaiii.. gigit jari nampaknya.

Moral of the story.... KURUSKAN BADAN. He he

Tuesday, May 19, 2009

Gulai Lemak Jantung Pisang

salam...

semalam kak Siti Rukhaizah bawakan jantung pisang. Balik tak sabar-sabar terus rebus dan makan dengan sambal kacang.. hari ni pulak mak buat gulai jantung pisang dgn pucuk bebuas. sedappppppppppp...

Nokia N series.. coming soon

Salam...
Just nak share dengan kawan-kawan. Nokia N97 baru. Coming soon. Spec sama dgn sony ericsson X1.


Sepi seketika

Salam

kalau minggu lepas kecoh satu bilik guru pasal rumah, pasal decor, pasal renovation.. minggu ni senyap je. Macam dilanda garuda. Apa taknya, Exam dah mula. Last week pun dah bermula exam, tapi semua masih relax. maklumlah, s/u ada dua orang. Tapi minggu ni tinggal seorang s/u je.. agaknya tension kot kena handle seorang. Itulah susahnya bila boss takde, betul tak Yan? Hehe
Masuk mengawas exam di kelas.. bebudak pun macam tak bersemangat je.. Cikgu apatah lagi...

Monday, May 18, 2009

1st Posting



Asalamualaikum dan Salam sejahtera

1st posting di SMJK Chung Ling, Air Itam, Penang. Melangkah masuk je ke sekolah tu rasa tak percaya, sekolah lelaki rupanya. Alahai....
Kereta mercedes siapa lah agaknya di depan bangunan sekolah. Tapi perkara ni dah jadi biasa di sekolah ini. Kereta students lebih mewah dari gurunya sendiri. Dulu-dulu selalu parking kereta di depan bangunan pentadbiran (betul-betul sebelah kereta mercedes ni lah).


Banyak betul pengalaman dan kenangan di sana. Di tepi pokok ni, ada sebatang pokok ditanam oleh ahli-ahli kadet alam sekitar sempena perasmian kempen minggu alam sekitar. Pokok sentang yang ditaja oleh Jabatan Perhutanan Pulau Pinang banyak memberi makna dalam diari Kadet Alam Sekitar.

4 setengah tahun aku di sana. Banyak lagi kalau nak dicoretkan.. biarlah segalanya terpahat dalam hati..

Memoir Praktikum 1997-1998

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tajuk memoir seumpama nak bersajak, tapi itu bukanlah bakat semulajadi ku. Cuma terkenangkan 2 buah sekolah di mana aku mula belajar menempuhi kehidupan sebagai seorang guru..

Lencana SMK Tun Perak

ROS selama dua minggu di SMK Tun Perak, Padang Rengas. Dan 3 bulan di SMK Abdullah Munshi, Penang. Pada ketika itu memang tak fikir apa, tension sebab lecturer nak observe.. hehe.
SMK Abdullah Munshi, Penang
Terima kasih kepada guru-guru pembimbing Pn Roszilah (SMK Tun Perak) dan Pn Lee (SMK Abdullah Munshi). Jasa kalian akan kukenang hingga ke akhir hayat.

Sunday, May 17, 2009

KIK dan KISAS


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Saya pernah menjadi warga KIK dan KISASIAN tahun 1989-1990. Tahun transisi masa tu.. transisi nama dari Kolej Islam Klang menjadi Kolej Islam Sultan Alam Shah. Semuanya kenangan. TQ kepada webmaster Mutiara Bumi Wakafan yang tidak putus asa mengumpulkan semua warga kolej zaman transisi.



Inilah bangunan pantadbiran sekolah. Sekarang ni kata Ahmad, dalam pengubahsuaian.


Dari laman facebook, dapat juga download gambar kelas masa Tingkatan 5. Ya Allah.. malunya lihat muka masa tu. hehe.. budak-budak lagi.


Gambar Tahun 1990 bersama rakan-rakan dan Cikgu Wan Abdul Rahim (Cikgu Fizik)


5 Sains 1, kalian semua tetap dalam ingatan.

SERATA dalam ingatan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Melayari facebook SISTA, banyak kenangan yang dirakamkan disini. Gambar-gambar disekolah lama ntah di mana disimpan.. cuma yang boleh di abadikan hanyalah lencana.. cukupla. :-)


Inspirasi Pintu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Kalau ada rumah idaman, pintu pun tentu ada kan?




Saturday, May 16, 2009

Rumah.. Rumah.. Rumah...

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kawan-kawan Yan, An dan Zila dah pun confrim beli rumah kat Taman Seri Iskandar. Yang paling kecoh Yan, keduanya An. Zila diam jek.. Ni yang jeles ni. Yan asyik pening kepala memikirkan macam mana nak buat home decor dan nak renovate rumah yang sedia ada.. best kan..

Agak-agak diri ni bila lah pulak :-)

Rumah Idaman






Assalamualaikum dan salam sejahtera

teringin nak ada rumah sendiri. Berkenan dengan satu rumah ni. Agak-agak berapa kosnya ye